“Rahsia
ini telah lama aku pendamkan.
Tiba
masanya segala-galanya kuceritakan.”
Membuai
jiwa, mengusik kalbu. Lantas aku menutup radio. Tidak mahu dibelenggu tangis lagi.
Aku merenung jauh. Disisiku Tisya jantung hatiku masih lena dibuai mimpi. Dia
bukan anak kandungku tapi kasihku kepadanya sangat mendalam.
| Pesakit bersama dengan anak bongsunya |
Memori
silam kembali lagi. Aku bukan seorang puteri. Juga bukan puteri lindungan
bulan. Aku adalah seorang pesakit auto-imun. Aku menghidapi “Rhumatoid Arthritis, Haemangioma, Major
depresion dan Fibromyalgia”. Selalu jua terbelit lidahku apabila diminta
perjelaskan. Aku tersenyum sendirian.
Bermula
setelah abah pergi, tinggallah aku seorang diri. Meratapi apa yang sudah pasti.
Sedari kecil aku telahpun disibukkan dengan kerja-kerja rumah. Maklumlah
keluarga sangat besar. Empat belas orang adik beradik semuanya. Ibu pula tidak
berapa sihat. Dan keadaaan itu berlarutan sehinggalah aku menjejakkan kaki ke
kolej.
Namun,
langit tidak selalunya cerah. Hujan turun di tengah hari. Kakak kesayanganku
pula meninggal dunia ketika aku berusia 15 tahun. Suatu hari, tiba-tiba dia
diserang sawan. “Mak, Kak Su pengsan mak!” Rupanya dia menghidapi sakit buah
pinggang tahap akhir. Maka akulah yang bertungkus lumus menjaganya selama 9
bulan. Siang bersekolah, dan malam ke hospital. Pahit juga kurasakan. Pernah juga
aku dikejari pengawal keselamatan di hospital. Tapi, semua itu hanya tinggal
kenangan. Dan aku merinduimu Kak Su!
Kemudiannya
aku menjejakkan kaki ke kolej. Namun, kehidupan disitu tidaklah seindah mana.
Tatkala anak-anak muda menikmati hidup mereka, aku pula berdepan dengan hari-hari
yang penuh getir. Seperti si buta kehilangan tongkatnya. Orang lain sibuk
perpacaran, aku pula menanggung sakit di badan.
Akulah
pelajar yang paling tua di Kolej Profesional Mara Melaka. Aku tidak bisa
menumpukan perhatian sepenuhnya di kelas. Saat itu, aku seringkali pening dan
waktu malam pula amat sukar untuk tidur. Kuku jariku seringkali sengal-sengal.
Masih
jelas di ingatanku waktu itu adalah minggu terakhir dan semester terakhir di
kolej. Sekali lagi aku diuji. Emak sakit tenat. Aku bergegas pulang ke Kuala
Lumpur. 6 bulan berlalu dan selama itulah aku setia disisi emak yang diserang
angin ahmar. Tapi keadaan emak makin parah. Pada Julai 2002, emak diserang
angin ahmar untuk kali keduanya. Kesannya emak menghidapi ‘backsore’ yang amat teruk
dan aku menguruskan sendiri segala proses perubatan itu.
“Saya
ada sesuatu untuk kamu.” Aku tergamam sebentar. Sekeping risalah diserahkan
padaku. Aku melihat tajuknya. ‘Cara-cara menghadapi pesakit peringkat akhir’
dan penerangan tentang apa yang perlu dilakukan jika berlaku kematian di rumah.
“Ibu kamu sebenarnya mengalami ‘slowly
dying process’. Kamu perlu bersedia.” Aku tersentak. Kenapa baru sekarang
aku diberitahu? Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini. Namun, ibu tetap pergi
jua pada 16 Februari 2007. Tuhan lebih sayangkannya. Aku akur.
Setelah
pemergian ibu, aku menjalani 3 pembedahan awal di bahagian tapak kaki. Punca
nya, kedua-dua belah tumit kakiku retak tanpa sebab yang pasti dan tepat. Syukur,
pembedahan berjalan lancar seiring dengan proses pemulihan yang telah mengambil
masa agak lama.
Aku
telah menjalani tiga pembedahan iaitu :
Pembedahan
kedua : 'Right tarsal tunnel syndrom release pada 28 Oktober 2008
Pembedahan ketiga : 'Excision of calcaneal spur at right heel pada 17 Feb 2009
Pembedahan ketiga : 'Excision of calcaneal spur at right heel pada 17 Feb 2009
Tetapi,
terdapat kesan sampingannya. Antaranya ialah fallen arches, flat footed, plantarfaciatis, hugland tendonitis
deformity, tarsal tunnel, carpal tunnel dan heamangioma dan burst blood vessel. Terus terang aku katakan
kondisiku sudah kompleks ketika itu.
Yang
peliknya aku mula ketagihan ‘morphine’. Ya, ‘morphine’ sejenis dadah yang bukan
calang-calang hebatnya! Jika boleh, mahu sahaja aku tidur selama-lamanya. Supaya
lesap semua lara yang membuku di dada. Lalu segala persoalan pun terjawab. Rupa-rupanya
aku mengalami ‘chemical imbalance’
pada otak sebelah kiri. Keadaan juga semakin kronik apabila salur darah
kedua-dua belah tangan aku mulai sempit.
Berat
mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Setelah itu barulah aku ketahui aku punya sakit auto-imun. Tanda-tanda lain tentang sakitku
ini ialah dua minggu sebelum kedatangan haid adalah merupakan waktu yang paling
menyeksakan. Bahagian belikat dan otot di bahagian tengkorak akan mula mengeras
dan berbuku-buku.
Aku juga tidak boleh penat. Jika tidak muka aku akan pucat, jari-jari kakiku akan membulat. Malah kedua-dua kaki dari buku lali ke bawah akan kemerah-merahan. Renjatan elektrik juga kerap terasa di kedua-dua belah tangan.
Aku juga tidak boleh penat. Jika tidak muka aku akan pucat, jari-jari kakiku akan membulat. Malah kedua-dua kaki dari buku lali ke bawah akan kemerah-merahan. Renjatan elektrik juga kerap terasa di kedua-dua belah tangan.
Setiap kali
bangun dari tidur badanku sering sahaja sakit-sakit. Semuanya kebas-kebas sehinggakan
aku pun tidak tahu mana satu anggota badanku. “Ya Allah!” Aku mengerang
kesakitan. Dan sakit itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Aku
pernah cuba mendapatkan pendapat kedua dari doktor lain. Ada besar kemungkinan
penyakitku ini boleh menyebabkan aku menghidapi sejenis penyakit lagi yang
dipanggil Systemic Lupus Erythematosus.
Aku tidak tahu. Sesungguhnya aku sangat buntu.
Aku tidak mahu sakit begini. Apa
salahku? Malah dahulu pernah jua aku berangan-angan ingin menjadi doktor.
Tapi, Tuhan lebih mengetahui segalanya. Semuanya telah diatur. Setiap hari
bangun dari tidur, aku selalu berharap segala yang telah aku tempuh selama ini hanyalah
mimpi. Tapi kenyataannya aku masih di sini. Masih berada di alam nyata. Dugaan
jua kunjung tiba.
Terlalu bnyak
kepayahan dan ranjau dugaan Allah yang telah aku
tempuh………………..
……………….. ……………….. …….. !!!
Bagi aku , sabar
itu pengorbanan , dan pengorbanan itu sabar. Jadi,..
aku hanya perlu bersabar , sabar , dan terus bersabar .
aku hanya perlu bersabar , sabar , dan terus bersabar .
Nasib lah prinsip hidup aku mudah .. ehehe ..Tak
perlu menyesal pada masa
lalu, apalagi
meratapi....
-Catatan asal pesakit-
Aku
kembali melihat Tisya disisi. Aku tersenyum sendirian Anak kecil ini juga punya
sakit. Sakit bipolar. Kadangkala aku terfikir jua. Adakah memang sudah takdirku
untuk menjaga orang sakit? Tapi aku redha dengan apa yang berlaku. Aku melihat
ke jendela. Melihat ke hadapan. Yang masih samar-samar untukku.
| Gambar pesakit ketika menyertai program dengan Unit Psikiatrik HUKM di Sg. Besar. |
nurnilam_sari87

"Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul"
ReplyDelete"Apabila Allah menetapkan suatu takdir..maka yang paling dicintaiNya adalah redha akan takdirNya.."
dan itulah keistimewaan pesakit ini...iaitu dicintai Allah..masyaAllah..
hehe....btoi2 :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete