Pertemuaanku
dengannya hanya sekali. Tapi ketabahannya bisa mengusik jiwa. Dia sendiri punya
sakit. Tapi kerana kasih, dia menjaga orang yang sakit. Aku cuba selami
kisahnya. Dan aku berbangga untuknya. Kerna aku sebagai anak pun, tidak mungkin
setabahnya. Untuk menjaga ibu tercinta.
Perkenalan
kami bermula di Unit Psikiatrik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Mulanya,
kami sama-sama menghadiri satu sesi yang dianjurkan. Sebaik tamat sesi
tersebut, aku segera menegurnya. "Saya tak pernah dengarla penyakit akak
ni." Dia hanya mampu tersenyum. Lalu, mulalah dia mengenang kembali memori
lama. Sejarah hidupnya. Tapi, disebalik kisah itu, terselit jua kisah yang
satu. Kisah tentang ibunya.
Ceritanya
begini. Bapanya meninggal awal. Seawal usianya hanya 11 tahun. Dan hamba Allah
ini diuji sekali lagi ketika di tahun terakhir di KPMM. Ketika itu dia
terpaksa pulang ke rumah untuk menjaga ibunya yang diserang strok secara
tiba-tiba. Hal ini berlarutan selama 6 bulan. Tanggal Julai 2002 ibunya sekali
lagi diserang strok untuk kali keduanya. Disebabkan itu, ibunya terlantar
sahaja antara sedar dan tidak sedarkan diri. Mahu tidak mahu, temanku ini terpaksa berulang alik dari
Melaka ke Kuala Lumpur selama 2 bulan untuk menjaga ibunya.
Disebabkan itu ibunya menghidapi 'backsores'. Asalnya
‘backsore’ itu sebesar 50 sen sahaja. Selepas sebulan doktor terpaksa membuat
prosedur membuang kulit mati di bahagian
punggung. Ketika itu daging punggung sebelah kiri tiada langsung ditambah
dengan kulit terbelah atau doktor memanggil situasi ini sebagai ‘pocket’.
Ibunya ketika itu ada ‘seven pockets’. Cuba bayangkan. Nauzubillah.
 |
| Individu yang berkerusi roda juga berpotensi menghidapi 'backsores'/kudis lipatan |
Disebabkan
‘pocket’ itu terlampau banyak, maka doktor tidak dapat memegang luka tersebut
dengan tangan. Oleh sebab itu, doktor terpaksa membuat satu lagi prosedur iaitu
menebuk lubang di sekitar punggung
supaya tiub getah dapat ditanam untuk mudahkan luka dicuci. Namun, tidak
sampai 24 jam, tiub getah itu tercabut kerana luka ibunya itu terlampau teruk.
Apa
yang lebih menyukarkan keadaan ialah ‘pocket’
tersebut telah merebak hingga ke peha. Jadi, setiap kali luka dicuci, sahabatku ini dapat melihat tangan
jururawat sampai ke peha. Sampai terasa tulang-tulang di bahagian tersebut.
Hampir
sebulan di wad, doktor memberitahu bahawa ibu sahabatku sudah pun tenat. Doktor
juga tiada jaminan bahawa ibunya akan sembuh. Doktor
menasihatkan ibunya dibawa pulang ke rumah. Waktu tu jugaklah sahabatku berdoa
pada tuhan,
“Ya allah,kalaulah kematian itu yang terbaik untuk
mak,ambil sajalah mak, tapi sebelum itu pulihkanlah luka mak dahulu,aku tidak
mahu mak kembali padaMu dengan keadaannya begini.”.
Lalu temanku ini
mulalah belajar cara-cara melakukan ‘dressing’ bagi pesakit ‘backsores’. Pernah
juga dia bertanya kepada jururawat kemungkinan cara lain untuk membuatkan
ibunya lebih selesa. Jururawat berkata bahawa luka perlu dicuci dua kali
sehari tetapi belanjanya amatlah tinggi. Set
sterile untuk ‘proper dressing’ sahaja sudah mencecah RM6000 sebulan.
Berkat ketabahannya,
dengan kuasa Allah, luka ibunya itu semakin baik. Lubang ‘backsores’ itu juga
makin tertutup sehingga akhirnya kulit mati itu hanyalah sebesar syiling 5 sen.
Apa yang berlaku ini telah menyebabkan banyak pihak terharu sehinggakan Unit
Homecare HUKM sendiri menangis kerana luka ibunya yang dahulunya teruk, kini telah
pulih seperti sediakala. Semua ini berlaku sebulan sebelum menghadap Ilahi.
Perit yang terpaksa
ditelan sepanjang menjaga ibu tercinta ini pastinya menjanjikan sesuatu yang
lebih berharga di sana nanti. Apa yang
didoakan oleh sahabatku ini juga telah dikabulkan oleh Allah. Yang pasti
setiap pengorbanannya pasti akan diberkati Tuhan. Moga-moga kita juga punya
kecekalan hati untuk menjadi anak sebaik ini.
nurnilam_sari87
|
No comments:
Post a Comment