Kebas. Aku terasa kebas. Rasa bagaikan diriku berendam di dalam air. Tapi mengapa pula? Sedangkan aku berada di hospital. “Doktor! Tolong saya! Tolong!” jeritku. “Oh my God!” Aku dapat mendengar doktor berkata sesuatu. Selepas itu duniaku semakin lama semakin gelap.
Jam di dinding menunjukkan tepat 5.30 petang. Aku
cuba membuka mata. “ I ada di sini.”
Aku menoleh ke kanan. Ya, suamiku di sisi. Syukur. Aku diberitahu bahawa aku
tidak sedarkan diri hampir 4 jam. Dalam tempoh itu, suamiku terpaksa berhempas
pulas mencari penderma darah kerana aku telah kehilangan banyak darah setelah
melahirkan anak bongsuku.
Selang dua minggu kemudian, aku disuruh berjumpa
kembali dengan doktor yang menyambut bayiku, Dr. Kang. Aku mengadu padanya.
Sesuatu yang pelik berlaku. Aku tidak dapat menyusu bayiku. Malah, badanku juga
terasa amat letih dan tidak bermaya. Dr. Kang merasakan ada sesuatu yang tidak
kena. Aku dirujuk kepada Dr. Mahendran pula.
“Oh, you
are the one that day. We all thought you were kong out!” kata Dr. Mahendran
padaku. Aku hanya berdiam diri. Kebanyakkan kes seperti aku, hanya 20% sahaja yang mampu hidup.
Alhamdulilah, aku tergolong dalam kumpulan itu. Aku tersenyum. “Its a miracle.” Inilah yang paling
ditakuti oleh kebanyakkan wanita yang melahirkan anak, kejadiaan tumpah darah.
Dr. Mahendran telah menyuruh aku menjalani
beberapa ujian. Pada firasatnya, mungkin aku telah menghidapi “Sheehan
Syndrome”. “Apakah itu doktor?” tanyaku. Pelbagai persoalan mula timbul.
Namanya juga sudah cukup untuk membuat aku pelik. Seperti nama orang Cina pula.
Namun, akhirnya setelah semua ujian selesai, doctor mengesahkan sememangnya aku
menghidapi sindrom itu. Aku pasrah. Dan bermulalah perjalanan yang baru.
Di Malaysia, hanya tiga hospital yang mempunyai
kepakaran di dalam bidang ini. Hospital yang terlibat ialah Hospital Universiti
Malaya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hospital Universiti Sains
Malaysia. Lalu, ujian dijalankan darah dijalankan sekali lagi di HUSM, Kubang
Kerian, Kelantan. Kemudiaannya laporan perubatan telah mengesahkan sekali
lagi penyakitku. Barulah dapat aku meneruskan proses perubatanku di Hospital
Besar Alor Star, Kedah.
Sepanjang hidupku sebagai penghidap penyakit
Sheehan Syndrome, aku telah mula mengenal ubat-ubatan seperti Cortisone.
Masalah utamaku ialah kerana kalenjar pitituariku tidak berfungsi. Sedangkan
kalenjar ini memainkan peranan utama dalam merangsang perembesan hormon di
badan. Maka, sebab itulah aku mengalami perlbagai masalah seperti keletihan
yang amat sangat hingga untuk memanjat tangga rumah pun tidak mampu. Keadaan
ini memaksaku untuk berhenti kerja pada 31 Ogos 1994.
![]() |
| Kedudukan Kalenjar Pitituari pada otak manusia |
Aku dan keluarga belajar berjimat cermat. Ketika itu, aku mempunyai lima orang anak-anak yang masih kecil. Dan waktu itulah aku banyak menerapkan betapa pentingnya wang, walau sesen pun. Kami terpaksa mengatur perbelanjaan kerana waktu itu aku tidak mampu lagi bekerja. Dan, semuanya terpaksa bergantung pada suamiku.
Namun, Tuhan itu Maha Penyayang. Segala susah dan
senang itu dapat jua kami tempuhi. Kini, anakku yang bongsu telah pun berusia
21 tahun. Mungkin dia tidak pernah merasai apa yang telah terjadi 21 tahun yang
lalu. Namun, aku ceritakan jua pada anak-anakku supaya diambil iktibar. Ini
kerana melahirkan anak bukanlah perkara mudah. Seorang wanita itu bagaikan
nyawa di hujung tanduk. Dan apa-apa pun mungkin terjadi. Tetapi, dalam kes aku,
Tuhan telah memanjangkan usia hingga pada saat ini. Alhamdulilah.
| Pintu masuk ke unit rawatan pesakit di Hospital Serdang. |
Malah, mungkin juga kerana apa yang telah berlaku dalam hidupku ini banyak mengubahku. Menjadi lebih baik dari dahulu. Aku juga mula mengenakan hijab di kepala. Aku mula mendampingi kelas-kelas agama. Aku merasa dekat padaMu Tuhan. Jika dahulu, mana mungkin aku punya masa. Hidupku disibukkan dengan bebanan kerja yang banyak. Tapi, apa yang berlaku telah mengubah segala-galanya.
Itulah kehidupan sebenarnya. Sepahit hempedu, semanis madu. Mungkin ramai yang fikir ‘turning over’ dalam hidupku sedikit sebanyak ada membawa kerugian.
Malah sewaktu aku mahu berhenti kerja ada yang mengatakan, “Eh, you tak rasa
rugike?” Tapi padaku itu semua membawa hikmah tersendiri. Aku dapat melihat
anak-anakku membesar dihadapan mataku. Aku lebih rapat dengan mereka. Dan yang
paling penting, aku mula rapat dan menyayangiMu Tuhan. Thank you Allah!



